Home Unit Perdagangan II

Kebajikan Sosial

Unit Perdagangan II PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 07 October 2010 01:28

UNIT PERDAGANGAN II


PUSAT SERVIS TAYAR (KOKITAB)

Pusat ini mula beroperasi pada Oktober 1999, menawarkan perkhidmatan penjagaan serta penjualan tayar. Selain bertindak sebagai pusat servis tayar, ia juga berperanan sebagai pusat jualan bateri serta barangan-barangan aksesori kenderaan termasuklah "rim sport".

Pusat Servis Tayar ini memberikan sepenuh komitmen agar setiap pelanggan yang berkunjung mendapat perkhidmatan yang terbaik. Oleh sebab itu, di Pusat Servis Tayar KOKITAB, kami menggunakan teknologi termoden yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja mahir yang berkelulusan dan terlatih serta berpengalaman khusus dalam bidang terbabit. Pusat servis ini juga merupakan pengedar sah tayar berjenama Goodyear.

Berdasarkan prestasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh Pusat Servis Tayar, pusat ini telah dinaikkan taraf 'SERVITEKAR' oleh pihak Goodyear.


WAKTU URUSNIAGA:

8.30 AM-5.30 PM (Sabtu - Khamis)

*Ditutup pada hari Jumaat dan Cuti Umum


KAEDAH PEMBAYARAN

Pada masa kini, bagi melicinkan perniagaan serta pihak pengurusan PST KOKITAB, kaedah urusniaga pembayaran yang ditawarkan kepada pelanggan adalah seperti berikut :


PELANGGAN INDIVIDU

1. Tunai.

  • Urusniaga tunai dan potongan gaji secara ansuran (Anggota sahaja).
  • Anggotai KOKITAB secara automatik diberi potongan sebanyak 5% daripada harga jualan.

2. Potongan gaji.

Tempoh Bayaran balik
Kadar Perkhidmatan
Minima 6 bulan
4%
12 bulan
8%
18 bulan
12%
Maksima 24 bulan
16%


Syarat-syarat

  • Borang melalui permohonan pinjaman - boleh didapati di Pusat Servis Tayar KOKITAB
  • Dua (2) orang penjamin (anggota)
  • Sertakan satu (1) salinan kad pengenalan atau kad ahli bagi peminjam dan juga penjamin


KENDERAAN JABATAN/ORGANISASI


Invois

Dengan pembayaran tidak kurang daripada 2 bulan selepas tarikh invois dikeluarkan


PELANGGAN JABATAN/ORGANISASI (VENDOR)

Selama lebih 5 tahun beroperasi, terdapat pelbagai pelanggan daripada sektor kerajaan dan swasta yang menjadikan Pusat servis tayar KOKITAB sebagai vendor atau panel dalam menyelengaraan kenderaan terutamanya dalam penjagaan tayar dan servis minyak pelincir. Ini menunjukkan Pusat Servis Tayar mampu menarik citarasa kepercayaan pelanggan dalam penjagaan kenderaan. Antara pelanggan jabatan atau organisasi yang menjadi vendor dengan Pusat Servis Tayar KOKITAB adalah seperti berikut:

 

a) TNB Distribution Sdn. Bhd.

b) Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu

c) Pos Malaysia Berhad

d) Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu

e) Jabatan Bomba dan Penyelamat

f) Jabatan Pengairan Dan Saliran (Unit Hidrologi)

g) Jabatan Kerja Raya (Mekanikal & Jurutera Daerah)

h) Jabatan Laut Wilayah Timur

i) Jabatan Kebajikan Masyarakat

j) Jabatan Alam Sekitar

k) Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)

l) Biro Tatanegara

m) Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (ICU-JPM)

n) TDM Plantation Sdn Bhd

o) Tenaga Gemilang Sdn. Bhd

 
Banner
Copyright © 2013 www.kokitab.com.my. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.